Friday, April 15, 2011

Aku benci jadi macam ni sebab aku sayang kat kau!

Assalamualaikum...
 




Kehadapan Nur Qistina Reny,



Tujuan aku taip warkah ini adalah untuk tatapan antara aku dan kau buat terakhir kali. Sekalipun kau tak dapat membacanya, namun aku harap angin lalu dapat mengkhabarkan tiap baris ayat yang ingin aku luahkan untuk kau kali ini.










Sehingga kini aku memang tak pernah ingat bila tarikh sebenar kita bertemu. Tapi sejak 5 tahun yang lalu, aku benci sebab kau berjaya curi perhatian setiap ahli keluarga aku. Kehadiran kau dalam hidup kami bagaikan dinanti. Dan mulai hari itu, aku tak suka bila kau mendapat perhatian yang lebih dari aku......










Qis, sejak kau memilih Islam sebagai agama anutan mu, aku lihat kau begitu tegar mematuhi suruhan agama. Kau mendirikan solat setiap waktu, kau berpuasa, melakukan amalan sunat, belajar ilmu tauhid, akidah, fardu ain, dan kau juga menutup auratmu. Semuanya kau lakukan dalam masa yang singkat. Tanpa perlu dipaksa-paksa. Aku benci kau Qis. Sebab aku yang sudah sedia lahir dalam Islam, mengambil masa bertahun-tahun untuk mendisiplinkan diri tidak tinggalkan solat, apatah lagi melewat-lewatkan waktu. Berpuasa setengah hari sebelum belajar puasa penuh satu hari, dan perlu disuruh malahan ditegur berkali-kali untuk sentiasa kekal menutup auratku.....








Qis, setiap kali pulang ke kampung, mak pasti akan ajak aku untuk ikut sama. Sebab katanya, kau ada di kampung. Mak aku kesiankan kau sorang-sorang tak berteman. Maklumlah, sepupu perempuan aku boleh dibilang dengan jari je. Yang sebaya aku pun tiada. Aku seorang saja dikategorikan layak untuk berkawan denganmu. Aku benci kan kau Qis. Sebab lepas ni bila aku pulang ke kampung, aku dah tak punya kawan sepermainan. Perasaan melonjak-lonjak setiap kali mahu bertemu dengan kau sudah pasti bertukar sedih. Sedih sebab aku dah hilang teman sekatil dan seselimut di bilik tidur nanti.....










Qis, aku perasan sangat sejak akhir-akhir ni coretan kat blog Hujan Balik Ke langit kau berbaur kematian. Kenapa Qis? Sekalipun kau tahu kau akan pergi, bagitaulah aku. Sekurang-kurangnya kita dapat jumpa bulan lepas. Aku terkilan tak sempat balik rumah sebelum kau berangkat balik ke kampus. Aku sengaja balik lambat demi kepentingan aku sendiri. Aku tahu kau tunggu aku untuk makan laksa sarawak sama-sama. Aku tahu kau ada banyak benda nak cerita dengan aku kisah kau bepraktikal. Aku kesal Qis. Aku mintak maaf....










Qis, aku tak pasti samada Aqil dan Darwisy faham yang kau dah takde. Apatah lagi si Nukman yang baru berusia 6 bulan. Tapi yang pasti, budak-budak ni dah hilang kasih sayang dari kau. Kasih sayang yang tak terbelah bahagi kau curahkan sepenuh hati walaupun kau tak punya pertalian darah pun dengan diorang. Qis, lepas ni sape nak tolong aku mengasuh budak-budak ni? Sape nak teman aku bermain dengan hero bertiga ni? Sape nak teman aku mengusik diorang ni sampai nangis lagi? Aku benci kau Qis...










Qis, kau sedar tak yang kehadiran kau dah banyak mengubah hidup insan di atas ni? Aku kenal dia dari kecil Qis. Aku tau darah daging aku yang seorang ni pernah sangat sedih sebab kehilangan adik perempuan yang disayangi. Adik perempuan dia yang juga teman sepermainan aku. Pergi ketika usia sangat muda. Saat itu aku hilang kawan yang membesar denganku sampai kau datang 5 tahun yang lalu. Bagaikan pengganti. Kau betul-betul menceriakan kami. Insan di atas ni adalah orang yang paling bahagia dari riak wajahnya. Tapi sekarang, kau pun turut pergi.....










Qis, aku tau kau masih belum dikebumikan lagi kerana keluarga kandungmu sedang menuntutmu untuk dibawa pulang ke tempat kelahiranmu. Keluargamu yang satu ketika dahulu pernah menentang hebat akan pilihan hidupmu. Aku harap kini mereka menghormati siapa kamu. Walau dimana sekalipun kau bakal dikebumikan, aku tetap tak dapat pergi untuk 'meraikan' permergianmu. Menatap wajahmu buat terakhir sekali hanya mimpi di siang hari.



Maafkan segala kesalahan aku atas kebencian ku ini Qis. Aku meredhai pemergianmu. Pergilah...Semoga rohmu dicucuri rahmat. Tunggu. Satu hari nanti aku pasti akan menyusul kamu. Kalau ada kesempatan waktu, aku nak bagitau kau, AKU SAYANG KAU Qis!



Al-Fatihah.





:::: Ya Allah, matikan aku dalam IMAN

8 comments:

  1. al fatihan...
    sakit ap kak??

    ReplyDelete
  2. ooo.jadi nie la aqil yg dy sayang n slalu sebut2....

    ReplyDelete
  3. 499 : Sakit lelah

    gEr0b0k iR@z : yup. arwah syg sgt kt aqil & adiknya

    ReplyDelete
  4. http://www.perkim.net.my/all_act.cfm?CurrentPage=51&cat=2&enable=1&archieve=0&category=dakwah

    http://www.perkim.net.my/pop_pic2.cfm?cid=82FAEB1A-997F-F95C-A83F181AC1B7142A

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah
    Seri yang baca entry ni pun hampir2 menangis

    ReplyDelete
  6. Al fatihah.. dari allah dia dtg.. dn kpd allah dia kembali... carilah kebagian utk diri sendiri sebelum memberi kpd insan lain,,,

    ReplyDelete