Monday, August 16, 2010

Crush on you...Owh,LANCER!

SALAM

 Pagi - pagi buta dah update blog. Haish, tak nak kasi ngantok ler sementara nak tunggu azan subuh ni.  Dah la tengah kekenyangan lepas melantak megi sahur tadi. Megi je? He he. Ni je la yang mampu di kala masih lagi memegang status student merangkap bujang. Ha ha.

InsyaAllah, tinggal lagi kurang setahun aku akan menamatkan pengajian. Rasa tak sabar pon de. Tapi FYP (Final Year Project) aku masih terkontang kanting lagi. Hu hu.

Apa impian dalam masa 5 - 10 tahun akan datang? Nak memiliki rumah sendri yang mana plan rumah tu aku yang design (macam abah & mak aku buat tuk rumah diorang), nak ada business sendiri, abis-abis pon aku akan teruskan business mak aku tu (adeih, at last aku kena warisi gak), nak ada family dan anak-anak sendiri, Eh? Silap.. He he. Tu semua kerja tuhan. Aku redha jek =)

Yang paling penting, kereta Mitsubishi Lancer! Waaaahh!

Mitsubishi Lancer warna merah saga memang jadi pilihan aku =)



Susunatur di dashboard yang kemas



Teknologi digital yang diaplikasikan




Gear jenis auto yang bengkang bengkok line die. Haish, aku tak penah drive agi yang jenis macam ni


Kebanyakan wanita masa kini lebih menggemari gear jenis auto kerana mudah dikendalikan


Tapi gear jenis manual masih menjadi pilihan utama aku sebab ada cabaran dalam mengendalikannya =)



Benda alah ni gunanya untuk buka & tutup kereta. Apa tah kata nama khasnya



Sport rim yang besar gedabak. Smart seyh



View dari sisi belakang..Woih kereta impian, tunggu ye bila aku da dapat nanti


Bahagian hadapan yang berbentuk seolah-olah 'hidung ikan jerung' ini memang di inspirasikan oleh jet fighter air intakes

Dari mana aku dapar gambar-gambar ni semua? Itu tak penting. Yang penting memang aku da naik kereta jenis ni dan tak sabar-sabar nak beli pakai duit sendiri. Baru puas hati beb!

Apa yang paling utama, setiap kali aku baca blog sendiri, aku dapat remind balik cita-cita aku nak memiliki kereta ni selain dari kereta Ferrari. Eh, camne leh terkeluar nama Ferrari lak ni? =)

No comments:

Post a Comment