Monday, August 16, 2010

Crush on you...Owh,LANCER!

SALAM

 Pagi - pagi buta dah update blog. Haish, tak nak kasi ngantok ler sementara nak tunggu azan subuh ni.  Dah la tengah kekenyangan lepas melantak megi sahur tadi. Megi je? He he. Ni je la yang mampu di kala masih lagi memegang status student merangkap bujang. Ha ha.

InsyaAllah, tinggal lagi kurang setahun aku akan menamatkan pengajian. Rasa tak sabar pon de. Tapi FYP (Final Year Project) aku masih terkontang kanting lagi. Hu hu.

Apa impian dalam masa 5 - 10 tahun akan datang? Nak memiliki rumah sendri yang mana plan rumah tu aku yang design (macam abah & mak aku buat tuk rumah diorang), nak ada business sendiri, abis-abis pon aku akan teruskan business mak aku tu (adeih, at last aku kena warisi gak), nak ada family dan anak-anak sendiri, Eh? Silap.. He he. Tu semua kerja tuhan. Aku redha jek =)

Yang paling penting, kereta Mitsubishi Lancer! Waaaahh!

Mitsubishi Lancer warna merah saga memang jadi pilihan aku =)



Susunatur di dashboard yang kemas



Teknologi digital yang diaplikasikan




Gear jenis auto yang bengkang bengkok line die. Haish, aku tak penah drive agi yang jenis macam ni


Kebanyakan wanita masa kini lebih menggemari gear jenis auto kerana mudah dikendalikan


Tapi gear jenis manual masih menjadi pilihan utama aku sebab ada cabaran dalam mengendalikannya =)



Benda alah ni gunanya untuk buka & tutup kereta. Apa tah kata nama khasnya



Sport rim yang besar gedabak. Smart seyh



View dari sisi belakang..Woih kereta impian, tunggu ye bila aku da dapat nanti


Bahagian hadapan yang berbentuk seolah-olah 'hidung ikan jerung' ini memang di inspirasikan oleh jet fighter air intakes

Dari mana aku dapar gambar-gambar ni semua? Itu tak penting. Yang penting memang aku da naik kereta jenis ni dan tak sabar-sabar nak beli pakai duit sendiri. Baru puas hati beb!

Apa yang paling utama, setiap kali aku baca blog sendiri, aku dapat remind balik cita-cita aku nak memiliki kereta ni selain dari kereta Ferrari. Eh, camne leh terkeluar nama Ferrari lak ni? =)

Sunday, August 8, 2010

kami memang tak boleh SEKELAS!

Salam

Bagaimana rasanya pabila jiran di sebelah tempat duduk (dalam kelas, seminar, meja makan dll) anda merupakan kawan yang anda kenali? bagaimana pula sekiranya mereka merupakan kawan baik anda? tambahan pula mereka juga adalah rakan2 yang sentiasa bersama anda hampir 1/3 jam sehari, (tidak termasuk waktu tidur & kuliah)  & 7 hari seminggu (mane de 8 hari seminggu, gilak!)..

Haish! skema bebenor perenggan di atas..wa ka ka ka..gila! memang gila! hidup jadik huru hara, tunggang langgang, & haru biru.

tengok gamba di bawah..perhatikan baik2 apa yang cuba disampaikan..


kami semua pakai profile picture yang sama. tak dapat nak bezakan sape yg komen. macam org yg same jek. mata pon da pening2. akibat dari kejadian ini, kami ketawa mcm org 'gila'..dah ler gelak tak berbunyik..nape? sbb kejadian ini berlaku masa kami dlm kelas tengah amik course buat website (x-tra subject). kalo da nama wat website, mesti r meja tiap sorg  de komputer + internet yg laju giler..smooth abes jari jemari menaip membalas komen2 yg karut marut. 

walaupon hati dah tertahan2 taknak terlibat, tapi tangan tetap 'klik-klik' , 'scroll up' , 'scroll down'..pastu muka dah merah2 tahan gelak..kesimpulannya kami tak concentrate langsung pe yg lecturer aja kt dpn ttg cara2 nk upload website sendiri <--- rugi satu subtopic..

oleh itu, jangan sesekali sekelas dengan kawan2 kamceng anda sendiri(my opinion)..nanti susah nk FOKUS!

p/s : tak paham pe yg cube disampaikan? takpe, g tido

Saturday, August 7, 2010

dah pandai buat website...! yeay!

SALAM

arini ada kelas degree ++...sangat syookk! i dah pandai buat web sendiri u..chewahh! =p
kelas ni bernama FAST & EASY WAY to CREATE YOUR OWN WEBSITE USING ADOBE DREAMWEAVER..berlangsung selama 2 hari dgn bayaran RM70 je

 tengok ler website i..he he


ok2..lecturer tgh aja kt depan neh..next time kite sambung agi yea.. =p