Friday, April 15, 2011

Aku benci jadi macam ni sebab aku sayang kat kau!

Assalamualaikum...
 




Kehadapan Nur Qistina Reny,



Tujuan aku taip warkah ini adalah untuk tatapan antara aku dan kau buat terakhir kali. Sekalipun kau tak dapat membacanya, namun aku harap angin lalu dapat mengkhabarkan tiap baris ayat yang ingin aku luahkan untuk kau kali ini.










Sehingga kini aku memang tak pernah ingat bila tarikh sebenar kita bertemu. Tapi sejak 5 tahun yang lalu, aku benci sebab kau berjaya curi perhatian setiap ahli keluarga aku. Kehadiran kau dalam hidup kami bagaikan dinanti. Dan mulai hari itu, aku tak suka bila kau mendapat perhatian yang lebih dari aku......










Qis, sejak kau memilih Islam sebagai agama anutan mu, aku lihat kau begitu tegar mematuhi suruhan agama. Kau mendirikan solat setiap waktu, kau berpuasa, melakukan amalan sunat, belajar ilmu tauhid, akidah, fardu ain, dan kau juga menutup auratmu. Semuanya kau lakukan dalam masa yang singkat. Tanpa perlu dipaksa-paksa. Aku benci kau Qis. Sebab aku yang sudah sedia lahir dalam Islam, mengambil masa bertahun-tahun untuk mendisiplinkan diri tidak tinggalkan solat, apatah lagi melewat-lewatkan waktu. Berpuasa setengah hari sebelum belajar puasa penuh satu hari, dan perlu disuruh malahan ditegur berkali-kali untuk sentiasa kekal menutup auratku.....








Qis, setiap kali pulang ke kampung, mak pasti akan ajak aku untuk ikut sama. Sebab katanya, kau ada di kampung. Mak aku kesiankan kau sorang-sorang tak berteman. Maklumlah, sepupu perempuan aku boleh dibilang dengan jari je. Yang sebaya aku pun tiada. Aku seorang saja dikategorikan layak untuk berkawan denganmu. Aku benci kan kau Qis. Sebab lepas ni bila aku pulang ke kampung, aku dah tak punya kawan sepermainan. Perasaan melonjak-lonjak setiap kali mahu bertemu dengan kau sudah pasti bertukar sedih. Sedih sebab aku dah hilang teman sekatil dan seselimut di bilik tidur nanti.....










Qis, aku perasan sangat sejak akhir-akhir ni coretan kat blog Hujan Balik Ke langit kau berbaur kematian. Kenapa Qis? Sekalipun kau tahu kau akan pergi, bagitaulah aku. Sekurang-kurangnya kita dapat jumpa bulan lepas. Aku terkilan tak sempat balik rumah sebelum kau berangkat balik ke kampus. Aku sengaja balik lambat demi kepentingan aku sendiri. Aku tahu kau tunggu aku untuk makan laksa sarawak sama-sama. Aku tahu kau ada banyak benda nak cerita dengan aku kisah kau bepraktikal. Aku kesal Qis. Aku mintak maaf....










Qis, aku tak pasti samada Aqil dan Darwisy faham yang kau dah takde. Apatah lagi si Nukman yang baru berusia 6 bulan. Tapi yang pasti, budak-budak ni dah hilang kasih sayang dari kau. Kasih sayang yang tak terbelah bahagi kau curahkan sepenuh hati walaupun kau tak punya pertalian darah pun dengan diorang. Qis, lepas ni sape nak tolong aku mengasuh budak-budak ni? Sape nak teman aku bermain dengan hero bertiga ni? Sape nak teman aku mengusik diorang ni sampai nangis lagi? Aku benci kau Qis...










Qis, kau sedar tak yang kehadiran kau dah banyak mengubah hidup insan di atas ni? Aku kenal dia dari kecil Qis. Aku tau darah daging aku yang seorang ni pernah sangat sedih sebab kehilangan adik perempuan yang disayangi. Adik perempuan dia yang juga teman sepermainan aku. Pergi ketika usia sangat muda. Saat itu aku hilang kawan yang membesar denganku sampai kau datang 5 tahun yang lalu. Bagaikan pengganti. Kau betul-betul menceriakan kami. Insan di atas ni adalah orang yang paling bahagia dari riak wajahnya. Tapi sekarang, kau pun turut pergi.....










Qis, aku tau kau masih belum dikebumikan lagi kerana keluarga kandungmu sedang menuntutmu untuk dibawa pulang ke tempat kelahiranmu. Keluargamu yang satu ketika dahulu pernah menentang hebat akan pilihan hidupmu. Aku harap kini mereka menghormati siapa kamu. Walau dimana sekalipun kau bakal dikebumikan, aku tetap tak dapat pergi untuk 'meraikan' permergianmu. Menatap wajahmu buat terakhir sekali hanya mimpi di siang hari.



Maafkan segala kesalahan aku atas kebencian ku ini Qis. Aku meredhai pemergianmu. Pergilah...Semoga rohmu dicucuri rahmat. Tunggu. Satu hari nanti aku pasti akan menyusul kamu. Kalau ada kesempatan waktu, aku nak bagitau kau, AKU SAYANG KAU Qis!



Al-Fatihah.





:::: Ya Allah, matikan aku dalam IMAN

Friday, December 17, 2010

Sape nak kenal Syeera Sanders?? Kenal jek, ngorat tak buleh sebab Syeera Sanders aku punye

Assalamulaikum..


Mari mengemaskini blog. 
WOOooooohohoo. Berhabukkkk kau. Sawang labah-labah penuh, berselirat sini-sinun.. 
Syuhh! Syuhh!! Blah lah kau segala labah-labah, cicak, lipas, cengkerik. Sebulan aku tak update blog, beranak-pinak dah kau orang ye. (Hoh. Ape yang dibebel ni??)



 

Alolo cumelnye dik Syeera senyum2 gitu



Woot Woot.. Aku sangat teruja bila first time dengar suara SYEERA SANDERS.. Teruja kau. Gadis ini baru berusia 16 tahun, sudah pandai petik2 gitar sambil nyanyi2 okeh. Very outstanding. Kasik tabik sket. Aku respect tinggi2 ni pasal aku sendiri mane laaa nak reti petik2 gitar ni. Menjahanamkan gitar tau ler.



Syeera Sanders.. I lap U lah!



 Semalaman aku search lagu2 budak cumel ni kat youtube. Hah kau. Bukan lagu artis2 melayu dan omputeh jek die pandai. Lagu die cipta sendiri pon ade. Serius layan blues aku time dengar die nyanyi. Kalo tak caye, korang dengar lah sendiri.



Owh, Syeera. Nape la U duduk jauh sangat. I tak mampu nak terbang ke Brunei sana. Meh la duduk ngan I kat JB ni.




 Ini lagu latest beliau. Tajuk : Aku Tahu



Best kan? kan? kan? Sila lah setuju dengan diriku. Mane nak dapat budak pompuan umur 16 tahun perform lagu sendiri camni. Ni kalo ade media buat wordpress, confirm melotup! Kalah Yuna agaknye. Kalah dari segi umor je la. Hah!! Ini amaran. Jangan sesekali compare budak ni dengan Yuna, okeh. Masing-masing punye cara yang tersendiri. Both of them got their own talent, that's why they are different.



Ni saat aku post entri ni, adalah di saat bila mana gadis2 seangkatan denganku tengah masyuk layan Korea kt rumah memasing. Hoh, aktiviti korang kat rumah pon aku tau. Hebat tak aku? Ada ciri-ciri sahabat sejati tak? Sape nak berkawan dengan aku sila PM aku. (Apakah?) 



Haih. Mesti la aku tau. Pasal sebelum blah dari kolej aritu masing-masing duk sibuk memenuhkan Cakera Susah Luaran a.k.a External Hard Disk (sangat pelik bila di translate kan, so elakkan guna Google Translate, tak sesuai) dengan Family Outing, performance Super Junior, Wonder Girls, Runnig Man, Got Married dan tah hape-hape lagi tah, aku pon tak paham.




 


Mahap ler. Aku masih di Tadika lagi tuk kenal benda2 ni. Gadis2 aku sume dah khatam banyak2 kali, dah sampai tahap Master dan PhD punye level. Memasing dah layak dapat status Kipas-Susah-Mati. Time lepak borak2 pasal Korea, time makan pun Korea, sebelum masuk tido pun sempat menari2 Korea-senam robik sebelum tido. Sudahnye, aku sorang yang melopong. Aku? Ntah ler.. Tak tau la nape masih belom terpikat dengan benda alah tu semua even gadis2 ni tak pernah give up pujuk aku untuk join diorang.






 Erk, Jauh menyimpang. Back to the point. Asal-usul aku kenal Cik Syeera melalui lagu 150 Juta by Fynn Jamal. Aku dengar2 Syeera punye cover layan abes. Dari situ la aku excited punye gila nak dengar lagi dan lagi dan lagi lagu2 daripada dia sampai la aku tau die ade buat lagu sendiri.




150 Juta by Fynn Jamal cover by Syeera



She's ROCK! Got a superb-marvellous-glorious-bright-magnificent-wonderful-excellent talent. Dey...nape aku puji melebih-lebih ni? Ahh. Sesuke ati aku ler. Dah aku terjatuh suka dengan die nak wat camne. Suka itu buta okeh. 



Syeera Sanders, will U marry me? Leh I ajar U camne nak hempuk2 gitar. Pleaseeeee

Monday, November 8, 2010

Final Exam vs Draft Report!

Assalamualaikum

Mood skang ialah nota-latihan-nota-latihan-nota-latihan. Gila tetibe rajin diri ini. Blueekk!

Tetibe masuk mesej lam email dari SV ku yg nun jauh di JEPUN ;

'I've review your FYP draft report and found several mistakes. Please make some correction regarding your REFERENCE and please refer with your senior/mentor for advise and send it back to me all 9 reports by TODAY'


Sekadar gambar hiasan yang berpurak2 study. Aku xbleh study without spec,okeh!


Hoih! Org tgh sibuk bergelumang dgn final exam, aku kena betolkan balik draft FYP. Pulak tu, bukan aku sorg jek, keSEMBILAN-SEMBILAN anak buah die kena buat correction. Perghhh! Hamik ko. Sape suoh wat last minute.

Okeh. Good Luck for final exam!

Chaiyok2!

Monday, November 1, 2010

1st time dapat hadiah dari blogger!!!


Assalamualaikum




Sila baca banyak2 kali tajuk entri okeh. Ha ha ha. Annoying, kan? kan? kan? :p

Diriku ingin berbangga (kasik kombang idung sket) sebab dapat hadiah dari Puan Rahayu sebab jadik follower yang ke-51! Erk, sebenarnye Puan Rahayu janji nak bagi hadiah kat follower yang ke-50 jek. Tapi beliau membuat keputusan nak bagi pada kedua-dua follower. Owh, terharu!

Arigato!


Nak tau cerita selanjutnye, klik sini dan di sini.


Sunday, October 31, 2010

Moment To Remember

Assalamualaikum

La la la la..1st time okeh 1st time join contest camni. Nampak cantek, menarik tertarik kau memang debomm! ;p

Contest Moment To Remember ni adalah anjuran Cik Safiyyah Osman. Due date lak arini last. Opss..cepat2 selagi masih sempat! ;p



Contest Moment To Remember




 Gambar pilihan ;


Mereka2 yang di tag ;



Gambar ni diambil bersama kawan2 mase kitorang on the way balik dari open house rumah member. Singgah jap kat tepi Masjid UTM sebab pemandangan best dari atas bukit dengan rumput nan hijau.

Gambar ni the best moment sebab ;
  • Sanggup make up santek2 dan beli belon semata2 nak bergaya
  • Sanggup snap gune timer sbb nk kasik sume wujud lam gamba
  • Saat di 'snap', kononnye nak lambung belon kasik nampak santek, tapi belon tu lak ringan yang amat dan hasilnye seperti gambar di atas. Hamik ko! =)

3 benda yang diimpikan ialah :

Murah : Housing Nokia 7210 (da banyak kali ternampak, tp tak terbeli2)

Sederhana : Mini speaker yang leh bawak travel tuk laptop terchenta

Mahal : Piano.. dah jadik idaman dari kecik. Ha ha

C ya! =)